Sunday 6 September 2015

TOKOH KEMERDEKAAN : KANANG ANAK LANGKAU


LATAR BELAKANG TOKOH

  • Kanang mula berkhidmat dengan tentera British sebagai renjer penjejak Iban pada tahun 1962 sebelum diserap ke dalam pasukan Renjer Malaysia sebaik sahaja Sarawak menyertai Malaysia setahun kemudian. Beliau mengakhiri rekod perkhidmatan cemerlang sebagai perajurit terbilang dengan pangkat Pegawai Waran 1 pada tahun 1986. Beliau pernah mengetuai Platun Perisikan Pertempuran dalam Batalion ke-8 Renjer Diraja yang bertugas melakukan tinjauan bagi mengesan kedudukan pengganas komunis.

  • Peristiwa paling bersejarah dalam perjuangan Kanang ialah apabila bertempur dalam jarak lapan meter sahaja dari kedudukan musuh di Tanah Hitam, Perak. Pasukan Kanang diserang dari kanan dan kiri, tetapi Kanang tidak mudah panik, bahkan berjaya memusnahkan kem pengganas komunis itu, sambil membunuh lima orang anggota komunis dan menawan seorang lagi. Tembakan peluru musuh mengenai jantung Kanang, tetapi beliau akhirnya terselamat setelah terlantar selama 14 bulan di hospital akibat salah satu buah pinggang beliau rosak, manakala usus beliau pula terburai.

  • Keberanian Kanang anak Langkau wajar diteladani, khususnya oleh generasi muda. Musuh utama kejayaan ialah sifat penakut yang tidak bertempat. Kanang mengetahui bahawa pihak musuh juga menghadapi detik kritikal dalam pertempuran hidup dan mati itu.

  • Kebijaksanaan tidak semestinya bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik seseorang. Walaupun hanya sempat bersekolah setakat darjah tiga sekolah Inggeris di Sarawak, Kanang sebenarnya seorang insan yang pintar di sebalik kesempatan akses persekolahan yang begitu terhad pada zaman sebelum dan awal kemerdekaan negara. Seluruh fakulti minda Kanang sentiasa dikerah untuk mencari jalan menewaskan musuh walaupun dalam detik yang teramat genting.

PEMIMPIN YANG DIHORMATI RAKAN-RAKAN PLATUN

  • Kepimpinan Kanang anak Langkau sebagai ketua platun renjer begitu terserlah apabila beliau sendiri berada pada barisan hadapan dan sentiasa bersedia dengan serangan musuh. Kanang sentiasa melaungkan cogan kata azimat, iaitu ‘agi idup agi ngelaban’ buat pembakar semangat dan daya juang. Apabila ketua menunjukkan contoh, maka penghormatan dan kepatuhan anak buah juga semakin tinggi.

  • Kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam keadaan bahaya dan krisis. Kanang telah berjaya membimbing emosi kendiri supaya berfikir dengan tenang dan teratur apabila digempur oleh musuh di kawasan mereka sendiri. Beliau maklum bahawa risiko kecederaan sangat tinggi, tetapi tetap berusaha supaya dapat dipastikan pada tahap paling minimum.

SIFAT PENYAYANG BELIAU WAJAR DICONTOHI

  • Sifat penyayang Kanang anak Langkau terhadap seisi keluarga tidak berbelah bahagi. Beliau kembali menetap di Sarawak bersama isteri, anak dan cucu. Kanang masih bersedia menghadiri pelbagai majlis yang berkaitan dengan patrotisme dan jati diri bangsa.

  • Sesungguhnya ciri keperibadian dan disiplin yang diamalkan oleh Kanang anak Langkau bukan sahaja khusus kepada bidang ketenteraan, bahkan terhadap proses pembelajaran di peringkat Universiti. Jika ketangkasan seorang perwira seperti Kanang dapat diterapkan, maka pelajar yang tangkas pula akan sentiasa berusaha mempertahankan sikap positif, sekali gus menolak sebarang pengaruh negatif. Pembelajaran akan sentiasa dianggap sebagai urusan yang sangat penting sebagaimana pertempuran berhadapan yang menentukan keselamatan diri dan masyarakat.

Bapa Pembangunan : Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein

NAMA: Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein

GELARAN: Dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia

TARIKH & TEMPAT LAHIR: Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.

  • Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau telah dilantik untuk menggantikan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2 pada tahun 1971. Sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota kerajaan, beliau telah banyak memberikan sumbangan khasnya dalam pembangunan negara dan luar bandar. Beliau meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.

SUMBANGAN:-

  • PENDIDIKAN: Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum. Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama. Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

  • PERTAHANAN DAN KESELAMATAN: Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah membawa perubahan kepada angkatan tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan efisien. Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau telah dilantik oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

  •  PEMBANGUNAN: Pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan di bawah Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kementerian ini telah ditugaskan untuk menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi seperti FELDA dan MARA (dahulunya RIDA) telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperuntukkan 44.5% daripada bajet keseluruhan sebanyak RM1100 juta bagi pembangunan ekonomi. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Tun Razak telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat. Tun Abdul Razak telah mengumumkan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di seluruh negara pada 24 Oktober 1960. Rancangan tersebut diadakan untuk menempatkan mereka yang tidak mempunyai tanah sekaligus memajukan tanah tersebut. Tanah-tanah rancangan adalah dibawah pengurusan pihak berkuasa FELDA. Pada permulaannya terdapat 40 tanah rancangan yang disertai oleh 400 buah keluarga. Pelan pembukaan tanah tersebut telah menjadi asas kepada kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar. Beliau juga mengumumkan penubuhan FELCRA atau Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan pada 20 September 1964. Penubuhan FELCRA adalah sejajar dengan hasrat DEB untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum-kaum di negara ini. Melalui dasar tersebut, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan. Beliau juga bertanggungjawab merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'. Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990.

TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ

LATAR BELAKANG TOKOH :


  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang peramah , baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai.

  • Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar , Kedah . Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja.

  • Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.

  • Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.


PENDIDIKAN AWAL :


  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu , Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar ) Kedah.Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok dan meneruskan pengajiannya di Penang Tree School.Selepas itu , ke St. Catherine College , Universiti Cambridge England untuk belajar undang-undang dan kemudiaannya balik ke Tanah Melayu pada taun 1925 setelah menamatkan pelajarannya.Tunku mendapat Ijazah B.A dalam sastera.

  • Beliau kembali ke Engand untuk menyambungkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang di Inner Temple , England pada tahun 1938 , namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus.

  • Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka ada tahun 1947 , beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pegajian undang-undang di Cambridge Universiti dan ditauliahkan pada tahun 1949.



KEPERIBADIAN :



  • Tunku telah banyak berkorban untuk negara.Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah.Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.

  • Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah.Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib peandu-pemandu teksi di Sungai Petani.Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo , Afrika yang dilanda perang saudara 1961.Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara.Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan “

  • Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh Komunis.Kegigihan , keberanian , dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita dari belenggu penjajah.Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.